RSS

WOnDerfuL ExpeRience In MY LifE

Assalamualaikum.....

...Dan Haiiiiii semua^_^...

Alhamdulillah a'la kulli hal. Masih diberi peluang menghirup nafas segar milik Allah, peluang melihat kehijauan pokok-pokok yang amat menenangkan hati dan juga yang paling penting, masih berpeluang mendapat keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini. Semoga antum-antum semua senantiasa berada di bawah lindungan dan keberkatanNya.. Amiiin Ya Rabbal 'Alamin.


Hari ni nak share sikit pasal tempat study long time ago... Yang aku sendiri tak jangka pernah sampai ke sana. Itulah peluang dan pengalaman yang Allah beri untuk aku. Sangat berharga. Saja share kot ada yang berminat nak anto anak, adik beradik atau sesiapa sahaja ke sana timba ilmu, timba pengalaman, jumpa kawan-kawan from around the world, paham kerenah manusia yang pelbagai, jumpa makanan pelik2 dan banyak lagi. Seriously awesome.!!


Kisah ni bermula selepas habis STAM (hujung tahun 2010). Sebelum exam final STAM abi whatsapp jer (padahal dia ada je kat bilik sebelah, tu lah his style).. Dalam whatsapp tu abi just tanye, "cuk, nak pergi belajar kat South Afrika tak?".. Aku pun be like.. (terbayang2) Waaaa....Afrika tu mesti macam Mesir kan?? Ada padang pasir, ada bukit2, ada tok arab yang semua speaking arab.. kebetulan la time ambik STAM dulu kebanyakan ada niat nak further study kat sana (Mesir).


So, aku pun macam terkejut ada, excited pun ada, macam takut pun ada. So, abi nasihat aku suruh buat solat istikharah. Aku pun buat. Time tu tengah sewel sikit otaknye nak exam. Almaklum ler,. STAM ni banyak kena hafal. So buat dan buat.. Terarah untuk ke sana. Aku pun say yes ler kat abi.


Okeh, balik pada cerita... final examination tu aku dah prepare a lot of thing jugak sebenarnye.. Aku dah decide nak pergi, abi dah bawa aku pergi Teluk Intan buat passport for 5 years, then bagi pada kawan abi yang arrange semua tu untuk Visa, pendaftaran di Madrasah tu dan sebagainya.


By the way, aku lupa nak bagitau nama Madrasah tu apa. Madressa Mueinul Islam, Lenasia, Johannesburg, South Africa nama diberi. Atau dikenali juga sebagai MMI. Madrasah ni untuk Muslimat sahaja tau.. Orang laki dekat bukit belah bawah madrasah kitorang ni. Ha.....Kat bawah ni gambar depan sekolah tu. Yang ada kereta tu sebenarnya rumah Pengetua Madrasah tu.


Okeh.. Sambung balik..

Lepas habis paper MUET, seminggu jer masa aq nak prepare baju-baju, barang-barang nak bawa ke sana. Banyak jugak lah. Yang ajar susun-susun dalam beg pun abi.. Mak membantu mana yang mampu. Aku be like krik.. krikk lagi time tu. Kompius, betul ke nak pergi jauh ni.. Huhu.. Debor tu xpayah cakap lar.. Yela, ko bukan nak pergi dekat je.. Takat dalam negeri boleh jugak lar balik kampung tiap bulan.. Ni Afrika kot.. Perjalanan lama sangat-sangat... 13 jam tu dalam flight. Kebas bontot duduk jer.. Walaupun time tu Malaysian Airlines (time tu ada lagi buat trip ke SA, sekarang dah xde rasanye) ada TV kecik sorang satu tapi tetap boring. Habis membuta, bangun and kacau orang sebelah. Habis kacau orang sebelah makanan pun sampai. Makan pulak. Dah habis makan layan cerita yang ada. Dah boring layan cerita tido lagi. Sampai lar mendarat kat Lapangan terbang Tambo International Airport, South Africa.

Sampai jer sana, macam mimpi.. Eh, betul ke aku kat sini dah. huhu.. Kitorang pun kenal dengan uncle John (i'm not pretty sure who he is actually, but i assume yang dia ni kenalan kawan-kawan abi yang follow kitorang sampai sana). Uncle and family dia baik-baik. Anak-anak dia lawo and hensem. Heeeee.. cuci mata ler dah alang-alang. Tapi nasib adik2 jer.. and Foreigners isn't my future husband types. Nak carik bakal pun, carik orang Malaysia jer. Haha.. Dekat pun dekat.. tergatal pulak sekejap. (by the way umur meningkat kan.. time tu aku dah 18 tahun.. normal age to be gatal.. hahaha.. just joking) =p 

Continue again with my story.... Sampai, time tu holiday.. so we went to Uncle John's house first for a few days. Sebab, kitorang datang terawal sangat.. time tu still holiday.. Next week baru kitorang bley masuk madrasah tu. Tak ingat pulak holiday menda time tu.. Sunyi je jalan and Mall kat sana.. Kitorang pun merayap ramai-ramai naik van yang Uncle John provide for us.

Merata-rata jugak pergi nya, pergi ke Chinatown, lagi mana ntah. Kitorang follow jer. Sebab bukan tempat kita kan...
Layannnnnn..... Makan makanan dorang... Euwww.. xley terima langsung, nak carik nasi susah.. hahahaha. Btw nama pun pengalaman.. Hantam sajo..



#### Sambung lain kali pulak la ye.. Sakit perut pulak... tatatatataa.....






Sumber gambar dari : http://itminaan90.blogspot.my/2009/07/special-entry-for-ustaz.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment