RSS

WOnDerfuL ExpeRience In MY LifE

Assalamualaikum.....

...Dan Haiiiiii semua^_^...

Alhamdulillah a'la kulli hal. Masih diberi peluang menghirup nafas segar milik Allah, peluang melihat kehijauan pokok-pokok yang amat menenangkan hati dan juga yang paling penting, masih berpeluang mendapat keberkatan bulan Ramadhan al-Mubarak pada tahun ini. Semoga antum-antum semua senantiasa berada di bawah lindungan dan keberkatanNya.. Amiiin Ya Rabbal 'Alamin.


Hari ni nak share sikit pasal tempat study long time ago... Yang aku sendiri tak jangka pernah sampai ke sana. Itulah peluang dan pengalaman yang Allah beri untuk aku. Sangat berharga. Saja share kot ada yang berminat nak anto anak, adik beradik atau sesiapa sahaja ke sana timba ilmu, timba pengalaman, jumpa kawan-kawan from around the world, paham kerenah manusia yang pelbagai, jumpa makanan pelik2 dan banyak lagi. Seriously awesome.!!


Kisah ni bermula selepas habis STAM (hujung tahun 2010). Sebelum exam final STAM abi whatsapp jer (padahal dia ada je kat bilik sebelah, tu lah his style).. Dalam whatsapp tu abi just tanye, "cuk, nak pergi belajar kat South Afrika tak?".. Aku pun be like.. (terbayang2) Waaaa....Afrika tu mesti macam Mesir kan?? Ada padang pasir, ada bukit2, ada tok arab yang semua speaking arab.. kebetulan la time ambik STAM dulu kebanyakan ada niat nak further study kat sana (Mesir).


So, aku pun macam terkejut ada, excited pun ada, macam takut pun ada. So, abi nasihat aku suruh buat solat istikharah. Aku pun buat. Time tu tengah sewel sikit otaknye nak exam. Almaklum ler,. STAM ni banyak kena hafal. So buat dan buat.. Terarah untuk ke sana. Aku pun say yes ler kat abi.


Okeh, balik pada cerita... final examination tu aku dah prepare a lot of thing jugak sebenarnye.. Aku dah decide nak pergi, abi dah bawa aku pergi Teluk Intan buat passport for 5 years, then bagi pada kawan abi yang arrange semua tu untuk Visa, pendaftaran di Madrasah tu dan sebagainya.


By the way, aku lupa nak bagitau nama Madrasah tu apa. Madressa Mueinul Islam, Lenasia, Johannesburg, South Africa nama diberi. Atau dikenali juga sebagai MMI. Madrasah ni untuk Muslimat sahaja tau.. Orang laki dekat bukit belah bawah madrasah kitorang ni. Ha.....Kat bawah ni gambar depan sekolah tu. Yang ada kereta tu sebenarnya rumah Pengetua Madrasah tu.


Okeh.. Sambung balik..

Lepas habis paper MUET, seminggu jer masa aq nak prepare baju-baju, barang-barang nak bawa ke sana. Banyak jugak lah. Yang ajar susun-susun dalam beg pun abi.. Mak membantu mana yang mampu. Aku be like krik.. krikk lagi time tu. Kompius, betul ke nak pergi jauh ni.. Huhu.. Debor tu xpayah cakap lar.. Yela, ko bukan nak pergi dekat je.. Takat dalam negeri boleh jugak lar balik kampung tiap bulan.. Ni Afrika kot.. Perjalanan lama sangat-sangat... 13 jam tu dalam flight. Kebas bontot duduk jer.. Walaupun time tu Malaysian Airlines (time tu ada lagi buat trip ke SA, sekarang dah xde rasanye) ada TV kecik sorang satu tapi tetap boring. Habis membuta, bangun and kacau orang sebelah. Habis kacau orang sebelah makanan pun sampai. Makan pulak. Dah habis makan layan cerita yang ada. Dah boring layan cerita tido lagi. Sampai lar mendarat kat Lapangan terbang Tambo International Airport, South Africa.

Sampai jer sana, macam mimpi.. Eh, betul ke aku kat sini dah. huhu.. Kitorang pun kenal dengan uncle John (i'm not pretty sure who he is actually, but i assume yang dia ni kenalan kawan-kawan abi yang follow kitorang sampai sana). Uncle and family dia baik-baik. Anak-anak dia lawo and hensem. Heeeee.. cuci mata ler dah alang-alang. Tapi nasib adik2 jer.. and Foreigners isn't my future husband types. Nak carik bakal pun, carik orang Malaysia jer. Haha.. Dekat pun dekat.. tergatal pulak sekejap. (by the way umur meningkat kan.. time tu aku dah 18 tahun.. normal age to be gatal.. hahaha.. just joking) =p 

Continue again with my story.... Sampai, time tu holiday.. so we went to Uncle John's house first for a few days. Sebab, kitorang datang terawal sangat.. time tu still holiday.. Next week baru kitorang bley masuk madrasah tu. Tak ingat pulak holiday menda time tu.. Sunyi je jalan and Mall kat sana.. Kitorang pun merayap ramai-ramai naik van yang Uncle John provide for us.

Merata-rata jugak pergi nya, pergi ke Chinatown, lagi mana ntah. Kitorang follow jer. Sebab bukan tempat kita kan...
Layannnnnn..... Makan makanan dorang... Euwww.. xley terima langsung, nak carik nasi susah.. hahahaha. Btw nama pun pengalaman.. Hantam sajo..



#### Sambung lain kali pulak la ye.. Sakit perut pulak... tatatatataa.....






Sumber gambar dari : http://itminaan90.blogspot.my/2009/07/special-entry-for-ustaz.html

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

sHAring Is CaRing

Assalamualaikum...

Harap semua sihat belaka. Lama dah tak post aktiviti duniawi ni ^_^..

Hari ni, first day puasa ramadhan (06.06.2016).
Hari ni jugak birthday my younger brother Mohd Nazif Khair (adik Ajip) yang ke-8..
Semoga hidupmu sentiasa diberkati ajip.. Semoga jalan Allah yang benar senantiasa bersamamu.
Semoga adik ajip and acul menjadi pemimpin yang berguna untuk adik beradik kamu yang perempuan ni..

Alhamdulillah.. wa syukurillah.. Bersyukur padaMu Ya Allah..
Masih beri kita kesempatan. Kesempatan hirup udara yang Dia pinjamkan,
kesempatan merasa kehadiran Ramadhan yang penuh Barokah, kesempatan memperbaiki diri yang lemah, kesempatan untuk mencari erti hidup dan banyak lagi lah kesempatan yang Allah beri yang kita perlu syukuri. Hari ni, moh kita share sesuatu yang baik.

Kita ni kadang bersyukur, kadang langsung tak keluar rasa tu....Tapi,, tu lah.. manusia ni kan mana pernah rasa cukup .. Ada rasa syukur pun tapi masih lagi tetap nak lebih.
Peringatan juga untuk diri sendiri. Bear in mind everyone. !!

Banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup ni orang akan panggil 'pengalaman'.. 




Sebab ape??

Sebab, perkara yang dah jadi tu kan.... perkara tu lah yang kita dah hadap.. Perkara tu lah yang kita dah rasa.. Perkara tu lah yang kita panggil pengalaman. 

Rasa sakit... rasa seronok... rasa sedih.. rasa marah... rasa teruja and semua rasa ada... 
Yang paling penting.... tak semua orang akan rasa semua rasa tu.. Qada' dan Qadar kita semua berbeza2..Allah dah pun tentukan..  Beza dari segenap aspek. Cara penerimaan kita akan sesuatu perkara tu juga conform berbeza2.. Am I right??






Sebab tu dipanggil pengalaman.. pengalaman ni sesuatu perkara yang dah jadi.. Dah lepas da pun.. 

Tiada apa yang boleh kita undur.. Ambik je ibrah dari sesuatu perkara tu.. Cepat atau lambat, kita perlu terima dengan redha dan sabar. Di simpan pun tak jadi ape.. Jadi sakit yang menyakitkan ada lar.. Dah cuba untuk simpan...Tapi saya juga yang tidak tenang.. Jadi, cuba lapangkan dada anda2 semua.. Insha Allah, miracle will happen..




  
Sebenarnye kan sahabat-sahabat sekalian, Allah tu tersangat-sangatlah adil dengan hamba-hambaNya.. ^_^

Kita je yang tak nampak semua tu. Dia akan bagi kita sakit, lepas tu Dia bagi kita pelangi yang kita sendiri tidak akan jangka. Langsung tak jangka. Kerana perancangan Dia lebih baik dan indah.

As for me pulak, pernah satu tahap tu.. rasa tak nak jumpa semua manusia2 yang pernah kenal ni.. Tak nak... Tapi tu lah.. Dah jadi, dan xboleh undur. Just move on.. Be strong and be success.

Why????

Sebab, xsemua orang mampu yunk oiii... 

Belum tentu abang badan sado ketak-ketak tu hati dia pun sado.. Sesetengahnya, yang sado tu lar hati jambu. ^_^

Belum tentu orang yang straight A SPM tu boleh sampai PHD.. Kadang, dorang ni lepas SPM ikut kawan kerja kat KL , dah pegang duit then dah malas nak further study.. Tapi, kawan2 yang dulu xde score A time SPM pulak yang sekarang jadi CEO company besar lah, jadi da'ie dan da'ieah yang dihormati, dan banyak lagi lah. By the way,, Alhamdulillah.. rezeki masing-masing. 

So.. sahabat-sahabat semua, don't ever despair. 
Tipu kita tak rasa nak lari dari semua tu. Tapi, adakah lari boleh menyelesaikan masalah kita. ??
Actually not helping at all.
Try juga be positive walaupun kita bukan pun seorang yang yang tersangat2 psoitif tu. 

Jujur, saya pun seorang yang keras and kuat melawan (tapi untuk perkara tertentu je...hehehehhe) but, keras2 hati den ni pun, kena dek cara... layu jugakkk..

And i really believe yang sahabat2 semua pun macam tu jugak.

So keep it up. Don't give up.
Be tough hokay..

Okeh lar.. don't know what to say dah.. Kena cari idea lain pulak..

Okeh.. semoga jumpa lagi..

Wassalam..... ^_^

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS